• Xing Xing Dan Liang Liang Bahagia Di Malaysia

    Published: Thursday, 18 January 2018
    A- A+

    KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menzahirkan perasaan gembira dengan kelahiran terbaru anak pasangan panda

    Xing Xing dan Liang Liang di Zoo Negara pada Ahad lalu.

    Najib berkata, kelahiran itu merupakan kelahiran kedua daripada pasangan panda gergasi itu dalam tempoh empat tahun.

    “Nampaknya Xing Xing dan Liang Liang bahagia di Malaysia,”katanya menerusi Twitter beliau hari ini.

    Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar semalam mengumumkan anak panda itu dilahirkan selepas 89 hari

    daripada tarikh persenyawaan pasangan panda gergasi berkenaan pada 18 Oktober tahun lalu.

    - UTUSAN ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " Xing Xing Dan Liang Liang Bahagia Di Malaysia "