• WhatsApp Kunci Kemenangan PRU14?

    Reporter: Bukan Nama Sebenar
    Published: Thursday, 11 January 2018
    A- A+


    SHAH ALAM - Aplikasi sosial, WhatsApp dilihat salah satu 'senjata' ampuh dalam menentukan kemenangan dalam PRU14 nanti.

    Ini kerana menurut, Timbalan Pengerusi Institut Darul Ehsan (IDE), Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman, aplikasi tersebut bakal memberi kelebihan kepada mana-mana parti yang bertanding sekiranya mereka dapat memanfaatkan sepenuhnya aplikasi berkenaan.

    "Di Malaysia aplikasi WhatsApp itu sangat penting, maksudnya dalam PRU14 siapa yang dapat menguasai aplikasi ini dan menggunakan sepenuhnya mereka akan mempunyai kelebihan.

    "Kena ingat WhatsApp bukan sekadar mengirim berita, di dalamnya ada mesejnya, jadi WhatsAPP ini boleh main peranan," katanya dalam program Live Bersama Sinar Harian hari ini.

    Dalam pada itu menguatkan hujahnya, Mohammad berkata, hampir semua kelompok masyarakat di negara ini menggunakan aplikasi berkenaan.

    "Lelaki, perempuan, tua, muda semua menggunakannya.

    "Hinggakan kita ada nampak golongan tua yang ketika minum kopi dan berehat ketika sebelum masuk solat di masjid membaca WhatsApp, maknanya mesej yang disampaikan mudah sampai kepada pengguna," katanya.

    Katanya lagi, pengguna WhatsApp juga telah mencecah lebih 80 peratus penggunaannya di Malaysia.

    "Dan perlu diingatkan penggunaannya melebih penggunaan Facebook," katanya lagi.

    -Sinar Harian

    Subjects:

  • No Comment to " WhatsApp Kunci Kemenangan PRU14? "