• Washington Jual Senjata Pertahanan Kepada Jepun

    Published: Wednesday, 10 January 2018
    A- A+

    WASHINGTON: Kerajaan Amerika Syarikat meluluskan penjualan peluru berpandu antibalistik kepada Jepun, sebagai langkah pertahanan terhadap ancaman nuklear dan peluru berpandu Korea Utara, kata pegawai Jabatan Negara.

    Berita itu tersebar selepas Korea Utara dan Korea Selatan mengadakan pertemuan pertama dalam tempoh dua tahun bertujuan untuk menyelesaikan krisis program nuklear negara itu.

    Perjanjian penjualan peluru berpandu itu dibuat susulan ancaman peluru berpandu dan ujian nuklear Korea Utara sejak setahun lalu, yang kebanyakannya jatuh ke dalam wilayah Jepun.

    Tindakan itu memaksa Amerika Syarikat menggerakkan kempen untuk mengetatkan lagi sekatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang disifatkan Pyongyang sebagai ancaman perang.

    Jabatan Negara Amerika Syarikat semalam, memohon kelulusan Kongres bagi penjualan empat peluru berpandu dan peralatan berkaitan yang boleh dilancarkan dari laut serta darat pada harga AS$133 juta (RM534 juta).

    Penjualan peluru berpandu antibalistik buatan Raytheon Co dan BAE System itu adalah komitmen Presiden Donald Trump untuk memberikan bantuan keupayaan pertahanan tambahan kepada sekutu mereka yang kerap diancam Korea Utara. - Reuters

    Subjects:

  • No Comment to " Washington Jual Senjata Pertahanan Kepada Jepun "