• Warga Emas Hilang Sejak Isnin Lalu Ditemui Terapung

    Reporter: Yusz Man
    Published: Thursday, 25 January 2018
    A- A+

    BINTULU: Warga emas yang dilaporkan hilang selepas terjatuh kedalam sungai sejak isnin lalu ditemui terapung di Sungai Jelalong Tubau dekat sini semalam.

    Mayat mangsa yang berusia 74 tahun dikenali sebagai Pengabang Serai ditemui sekitar jam 1 petang pada jarak 70 meter dari lokasi mangsa dilaporkan jatuh di sungai berhampiran Rumah Resa.

    Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, mangsa telah hilang sejak Isnin lalu selepas keluar dari rumah untuk mengumpul dan menjual buah namun gagal kembali ke rumah.

    “Oleh yang demikian, ahli keluarga mangsa telah berusaha mencarinya dengan bantuan penduduk kampung.

    “Bagaimanapun, satu laporan polis berhubung kehilangan mangsa juga telah dibuat oleh ahli keluarganya semalam, dan pihak kami dimaklumkan sejurus selepas laporan polis diterima.” katanya.

    Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa ditamatkan pada jam 2.02 petang semalam.- Sarawakiana
  • No Comment to " Warga Emas Hilang Sejak Isnin Lalu Ditemui Terapung "