• Warga Emas Hilang Ditemui

    Published: Thursday, 18 January 2018
    A- A+

    SIBURAN : Seorang warga emas yang dipercayai hilang dalam kawasan hutan pagi semalam telah dijumpai dalam keadaan selamat dan tidak berdaya pada jam 8.05 pagi tadi.

    Mangsa Nisong Sugas, 56 tahun dikatakan mempunyai masalah kesihatan dan sebelum kejadian mangsa hanya tinggal bersendirian ketika ahli keluarga lain keluar.

    Jurucakap Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, sebaik menerima panggilan seramai lima anggota dikerahkan ke lokasi kejadian bagi operasi mencari di kawasan berdekatan sambil dibantu oleh penduduk kampung.

    Pasukan penyelamat telah menjumpai mangsa dalam keadaan lemah dan terus dibawa balik ke rumah seterusnya dibawa ke Hospital Serian untuk pemeriksaan lanjut.

    Menurut ahli keluarga mangsa, semasa kejadian mangsa didapati tidak lagi berada di rumah dan tidak diketahui arah tujuann sekembalinya mereka ke rumah.

    Mereka berkata mangsa hanya berseluar pendek dan berbaju pendek warna hijau ketika keluar rumah. - Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " Warga Emas Hilang Ditemui "