• Wanita Pecah Masuk Rumah Ibu Sedang Dikebumi

    Published: Thursday, 11 January 2018
    A- A+

    SEORANG wanita mencari helah untuk tidak menghadiri majlis pengebumian ibunya semata-mata supaya dia dapat melakukan jenayah.

    Lebih kejam jenayah yang dilakukan Alyce Davenport itu ialah menceroboh rumah ibunya dan melarikan pelbagai barang berharga bernilai AS$90,000.

    Polis Massachusetts berkata suspek berusia 30 tahun itu kini dibebaskan dengan ikat jamin AS$15,000 selepas mengaku tidak bersalah di mahkamah East Brookfield, Worcester.

    Media melaporkan seorang lagi suspek ditahan tanpa dibenarkan diikat jamin.

    Jurucakap polis berkata, Alyce pergi ke rumah ibunya bersama seorang rakannya ketika mayat berkenaan sedang diuruskan di tanah perkuburan pada Sabtu.

    Alyce juga tidak menjawab semua panggilan telefon daripada sanak saudara yang tertanya-tanya mengapa dia tidak hadir di majlis pengebumian berkenaan.

    Namun maklumat daripada teman lelaki ibu Alyce mendorong polis membuat siasatan.

    Pihak berkuasa kemudian menemui suspek di sebuah rumah tumpangan sehari kemudian.

    Setakat ini tidak dapat dipastikan sama ada mereka ada diwakili peguam atau sebaliknya.-DailyMail/mStar

    Subjects:

  • No Comment to " Wanita Pecah Masuk Rumah Ibu Sedang Dikebumi "