• Wanita Maut Selepas Makan Tiram Mentah

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Wednesday, 10 January 2018
    A- A+

    SEORANG wanita meninggal dunia dalam keadaan tragis, iaitu dijangkiti bakteria pemakan daging selepas makan 24 tiram mentah di sebuah pasar di New Orleans.

    Jeanette LeBlanc, 55, makan tiram terbabit bersama kawan-kawan dan keluarganya pada bulan Septmber lalu.

    Tidak lama kemudian keadaan Jeanette menjadi teruk dan disangkanya mengalami alahan.

    Menurut rakannya, Karen Bowers, dalam masa 48 jam, Jeanette mula mengalami masalah pernafasan manakala kakinya dipenuhi ruam dan terpaksa dimasukkan ke hospital.

    Akhirnya doktor memaklumkan bahawa wanita itu dijangkiti bakteria terbabit hingga mengakibatkan kakinya mengalami luka yang teruk.

    Jeanette bertarung nyawa selama 21 hari sebelum menghembuskan nafas pada 15 Oktober tahun lepas.

    Kini Bower mahu orang ramai berhati-hati dengan keadaan tersebut serta risiko yang dialami jika makan makanan laut yang mentah. – Mynewshub.cc

    Subjects:

  • No Comment to " Wanita Maut Selepas Makan Tiram Mentah "