• Wanita Ini Kahwin Dengan Hantu

    Published: Tuesday, 16 January 2018
    A- A+

    Adakah anda bosan berdating dengan manusia tetapi hubungan berkenaan entah ke mana? Mungkin anda patut mengikut jejak Amanda Teague yang menjalinkan hubungan dengan hantu.

    Wanita berusia 45 tahun ini telah berkahwin dengan hantu yang dinamakan sebagai Jack. Selain berkahwin, Amanda berkata, hubungannya seperti manusia biasa di mana mereka bergaduh dan menjalani hubungan seks.

    Walaupun Jack telah meninggal dunia 300 tahun lalu, namun ia tidak mengganggu hubungan mereka.

    Amanda yang berasal dari Ireland, mempunyai enam anak dengan bekas suaminya dulu berkata, meskipun dia tidak pernah melihat Jack secara fizikal, namun katanya Jack adalah lanun Haiti dan telah dipancung kerana melakukan jenayah pada 1700.

    Amanda yakin kepercayaannya kepada lanun telah menemukan mereka.

    “Pada mulanya kami hanya berkawan dan kemudiannya wujud perasaan kasih sayang di antara kami.

    “Suatu hari dia menyatakan bahawa kami boleh bersama,’’ kata Amanda yang mendakwa keluarganya menyokong hubungan berkenaan.

    Amanda juga memberitahu Jack bahawa dia mahu menjalinkan hubungan jangka panjang jadi mereka perlu berkahwin. Memandangkan dia mengimpikan perkahwinan tradisional dengan gaun putih, maka perkahwinan terbabit menjadi kenyataan.

    “Untuk perkahwinan ini, kami berada di perairan antarabangsa di dalam bot yang membenarkan hanya 12 orang rakan dan keluarga sahaja menaikinya.

    Mereka menggunakan tengkorak dan bendera lanun untuk menggantikan Jack. – MYNEWSHUB.CC

    Subjects:

  • No Comment to " Wanita Ini Kahwin Dengan Hantu "