• Wanita Gersang Lakukan Seks Dengan Anjing

    Published: Thursday, 11 January 2018
    A- A+

    Seorang wanita ‘terdesak’ ditahan selepas polis menemui rakaman mengejutkan memaparkan aksi suspek mengadakan hubungan seks dengan anjing Labrador peliharaan dia di rumahnya di Scotland.

    Memetik The Sun, video rakaman yang dipercayai dirakam sendiri oleh suspek, Suzy Cairns, 39, ditemui dalam telefon bimbit miliknya ketika polis menyerbu rumah wanita itu bagi mencari bukti melibatkan kes penderaan seksual kanak-kanak.

    Hasil serbuan, polis turut menemui bersama gambar lucah kanak-kanak yang didera secara seksual.

    Dilaporkan, wanita itu menggunakan krim putar ketika melakukan hubungan seks dengan anjing kesayangannya itu.

    Menurut pendakwa Jim Robertson memberitahu Mahkamah Livingston Sheriff bahawa filem lucah itu seolah “dirakam sendiri melibatkan tertuduh dengan anjing peliharaannya”.

    Katanya, anjing malang itu ditemui ketika polis menyerbu rumah suspek pada Mac tahun lepas.

    Robertson menambah polis mendapat waran geledah selepas alamat IP Internet Cairns menunjukkan dia cuba mengakses gambar tidak senonoh kanak-kanak.

    “Dia ditemubual dan telefon bimbitnya dirampas dan diperiksa. Hasil pemeriksaan menemui imej tidak senonoh dan gambar lain di dalam peranti tersebut,” katanya.

    Tertuduh mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan memiliki bahan lucah antara Februari 2016 dan April 2017, antaranya memiliki gambar tidak senonoh kanak-kanak yang diseksa secara seksual.

    Cairns juga mengaku memiliki 'gambar lucah melampau yang menggambarkan cara yang jelas seorang wanita terlibat dalam aktiviti seksual dengan anjing'

    Nama dia telah didaftarkan sebagai pesalah seks serta-merta dan hukuman ditangguhkan untuk laporan latar belakang, lapor The Sun.-Malaysian Digest

    Subjects:

  • No Comment to " Wanita Gersang Lakukan Seks Dengan Anjing "