• Wanita Buta, Suami Pekak Jaga 12 Cucu

    Reporter: Bukan Nama Sebenar
    Published: Wednesday, 24 January 2018
    A- A+


    HUNAN - CHINA. Li Ziai, 69, seorang wanita buta di sebuah kampung kecil di Hunan terpaksa menjaga 12 orang cucu bersama suaminya yang pekak.

    Pasangan warga emas OKU terbabit mempunyai empat orang anak lelaki namun kesemua mereka terpaksa keluar mencari rezeki di bandar bersama isteri masing-masing.

    Mereka hanya mampu pulang menjenguk keluarga sekali setahun akibat kekangan kewangan.

    Segala keperluan seharian 12 orang kanak-kanak terbabit yang terdiri dari bayi baru lahir hingga ke awal remaja diuruskan oleh nenek tua itu walaupun dia tidak dapat melihat.

    Lebih menyedihkan,keluarga besar ini terpaksa tinggal berhimpit dalam sebuah rumah usang.

    Demi mengalas perut cucu-cucunya yang semakin membesar, Li Ziai dan suaminya bercucuk tanam di sekitar rumah.

    Menurut Li Ziai, dia akur anak-anaknya terpaksa meninggalkan rumah demi mencari wang dan dia juga akan menjaga cucu-cucu kesayangannya selagi terdaya.

    Di China, ramai kanak-kanak terpaksa ditinggalkan di kampung oleh ibu bapa mereka yang bekerja di bandar besar.

    Kelazimannya mereka akan ditinggalkan untuk dijaga oleh penjaga namun ada juga yang terpaksa menjaga diri sendiri.

    - Dailymail.co.kuk

    Subjects:

  • No Comment to " Wanita Buta, Suami Pekak Jaga 12 Cucu "