• Wanita Argentina Minta Bantuan Kesan Anak Perempuan

    Reporter: Dayyan Mikhail
    Published: Wednesday, 24 January 2018
    A- A+

    KUALA LUMPUR: Seorang wanita Argentina meminta bantuan rakyat Malaysia mengesan anak perempuannya, Alum Lagone Avalos, 7, yang dilarikan bekas teman lelakinya dalam satu perebutan hak penjagaannya kanak-kanak itu.

    Elisabeth Avalos, 27, berkata, lelaki itu, Jorge Gabriel Langone, 41, yang juga bapa kepada Alum kali terakhir dikesan bersama kanak-kanak itu dan seorang wanita berumur 35 tahun di Kuala Pilah dan menuju ke Kulai, Johor.

    “Mahkamah Argentina telah menyerahkan hak penjagaan penuh kepada saya selepas Langone tidak menghormati syarat hak penjagaan bersama.

    “Bagaimanapun, dia bertindak melarikan Alum dari sekolahnya pada Jun lalu dan meninggalkan negara secara haram,” katanya ketika ditemui di Kedutaan Argentina di sini hari ini.

    Yang turut hadir Duta Argentina ke Malaysia, Balaguer Salas.

    Mereka yang mempunyai maklumat boleh menghubungi kedutaan di 03- 21441451/0122012464. - UTUSAN ONLINE


    Subjects:

  • No Comment to " Wanita Argentina Minta Bantuan Kesan Anak Perempuan "