• Wanita Argentina Cari Anak Dilarikan Pemuzik Ke Malaysia

    Reporter: Bukan Nama Sebenar
    Published: Wednesday, 24 January 2018
    A- A+


    KUALA LUMPUR: Seorang wanita Argentina, Alexandra Avalos kini berada di Malaysia kerana ingin mencari anak perempuannya, Alum yang dibawa ke negara ini oleh bekas pasangan wanita itu.

    Wanita berusia 27 tahun itu berkata, dia meninggalkan bapa Alum, Jorge Gabriel Langone yang merupakan seorang pemuzik berusia 41 tahun selepas tujuh tahun dikasari.

    Avalos kemudian berkata dalam sidang akhbar di Kedutaan Argentina di sini, Langone muncul di sekolah Alum di Argentina beberapa jam sebelum mahkamah membenarkan hak penjagaan penuh diberikan kepada wanita itu.

    Katanya, Langone dan seorang lagi wanita, Candela Soleded Gutierrez melarikan Alum ke Bolivia sebelum tiba di Malaysia.

    "Oktober lalu, saya mendapat tahu daripada akaun Instagram bahawa mereka berada di Malaysia," katanya.

    Avalos segera menghubungi Kedutaan Argentina di sini dan seterusnya pihak polis dan Jabatan Imigresen.

    Sementara itu, Duta Argentina ke Malaysia, Manuel Balaguer Salas berkata, pegawai rasmi kerajaan Malaysia sudah memaklumkan bahawa ketiga-tiga mereka memasuki negara ini secara haram menerusi sempadan Johor.

    "Polis antarabangsa turut mengemukakan amaran Amber dan amaran bahaya kepada mereka dan kami harap dapat memberkasnya tidak lama lagi," katanya pada sidang akhbar di sini pada Rabu.

    Alum, Langone dan Gutierrez kali terakhir dilihat di Kuala Pilah pada Disember tahun lalu dan dikatakan sudah menuju ke Kulai.

    Avalos yang tiba dua minggu lalu bercakap dengan penduduk di Kuala Pilah yang memaklumkan bahawa Langone mendakwa mereka merupakan keluarga berbangsa Sepanyol dan Alum sudah 10 hari mendaftar masuk ke tadika di sini.

    Avalos juga diberitahu oleh beberapa rakyat tempatan bahawa Langone pernah bekerja secara sambilan di sebuah bar di Mersing.

    Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi pihak kedutaan di talian 012-2012464.

    Subjects:

  • No Comment to " Wanita Argentina Cari Anak Dilarikan Pemuzik Ke Malaysia "