• Wanita, anak lelaki dan 2 rakan anak didakwa bunuh suami

    Reporter: Yusz Man
    Published: Thursday, 25 January 2018
    A- A+

    JOHOR BAHRU: Seorang wanita bersama anak lelaki dan dua rakan anaknya dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini hari ini, atas pertuduhan membunuh suaminya, dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Nusa Bestari, dekat sini pada 17 Januari lalu.

    Tey Lee Yong, 43, bersama anak dan dua rakan anaknya yang semuanya berusia 17 tahun, hanya mengangguk selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Azureen Shahirah Sauffee Affandi.

    Tertuduh didakwa membunuh Kiu Kok Ying, 45, dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Nusa Bestari, di Iskandar Puteri, dekat sini, antara jam 9.30 pagi hingga 10 pagi, pada 17 Januari lalu.

    Semua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan sabit kesalahan boleh digantung sampai mati.

    Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Mohd Nasir, manakala dua beranak itu diwakili peguam Chuah Shyue Chien.

    Seorang daripada tertuduh juvana diwakili peguam Ahmad Yusri Ahmad Fuad, manakala seorang lagi tidak diwakili peguam.

    Azureen Shahirah kemudian menetapkan 28 Februari ini sebagai tarikh sebutan semula kes terbabit.-BHOnline

    Subjects:

  • No Comment to " Wanita, anak lelaki dan 2 rakan anak didakwa bunuh suami "