• Wan Junaidi Cadang Hasanah Bersama Rakyat Diadakan Di Lundu

    Published: Saturday, 13 January 2018
    A- A+

    KUCHING: Dalam melaksanakan program Hasanah Bersama Rakyat (HBR) di Sarawak, Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) perlu melihat pelbagai aspek termasuk dari segi perhubungan, penduduk tinggal berselerak dan keadaan geografi.

    Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, beliau akan membincangkan dengan pihak Khazanah agar ditambah satu lagi venue penganjuran di Parlimen Santubong berkemungkinan di Lundu.

    Menurutnya, ini kerana agar sukar bagi penduduk Lundu untuk datang menyertai HBR pada hari ini disebabkan kedudukan yang agak jauh walaupun terletak dalam kawasan parlimen yang sama.

    "Saya akan berbincang dengan pihak Khazanah agar dua tempat di Parlimen Santubong dijadikan lokasi penganjuran HBR," katanya.

    Beliau yang juga Ahli Parlimen Santubong memuji penganjuran program tersebut yang disifatkan mampu mendekatkan agensi kerajaan dengan rakyat.

    "Ini kerana jika ada masyarakat mahu berurusan dengan agensi kerajaan, mereka boleh datang ke program ini," ujarnya.

    HBR merupakan program 'outreach' sempena Hari Hasanah adalah berperanan untuk meningkatkan kesejahteraan dan memupuk perpaduan dalam masyarakat berbilang kaum.

    Aktiviti yang dilangsungkan mencakupi lima teras utama iaitu taraf kehidupan, perkhidmatan, pekerjaan dan modal insan, inovadi dan pendidikan serta kesedaran sosial dan awam.-Sarawakiana
  • No Comment to " Wan Junaidi Cadang Hasanah Bersama Rakyat Diadakan Di Lundu "