• Vida Terkilan Lagu ‘I Am Me’ Tidak Diputar Di Radio

    Reporter: Bukan Nama Sebenar
    Published: Tuesday, 23 January 2018
    A- A+


    KUALA LUMPUR : Datuk Seri Hasmiza Othman terkilan lagunya I Am Me tidak mendapat tempat di corong radio berbanding di YouTube.

    Mesra disapa Dr Vida, jutawan kosmetik itu mengakui populariti lagu itu “tidak seperti diharapkan” walau 10 juta tontonan, lapor Utusan Online.

    “Sayang sungguh sebab nak dapat lagu seperti ini umpama satu dalam seribu. Saya rasa ada yang tak kena di mana-mana tu,” kata usahawan 46 tahun itu.

    “Biarpun sedikit kecewa tapi saya tidak akan murung sepanjang waktu, sebab ada sesetengah lagu itu sampai setahun baru meletup balik.

    “Inilah masanya untuk saya terus mempromosi lagu tersebut.”

    Video lirik I Am Me yang dimuat Julai lalu mencetuskan minat meluas termasuk di kalangan kanak-kanak.

    September lalu, Hasmiza merakam video muzik kedua lagu tersebut dengan gaya “bermandikan wang” sehingga foto itu menimbulkan kontroversi peminat.

    Beliau bercadang menghasilkan single kedua dalam “masa yang sesuai” dengan bantuan beberapa komposer termasuk Hazami sebagai pembimbing vokal. - MalayMail

    Subjects:

  • No Comment to " Vida Terkilan Lagu ‘I Am Me’ Tidak Diputar Di Radio "