• Usahawan PKS Sarawak Perlu Berani, Lebih Terbuka

    Published: Wednesday, 17 January 2018
    A- A+

    Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menggesa usahawan perusahan kecil dan sederhana (PKS) untuk lebih terbuka serta berani.

    Beliau berkata, usaha tersebut penting untuk memastikan mereka dapat memanfaatkan fasiliti disediakan kerajaan supaya lebih inovatif dan mampu berdaya saing.

    "Kita mesti mengubah minda dan mendadaptasi digital pada masa akan datang," katanya dalam teks ucapan yang dibacakan oleh Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas hari ini.

    Menurutnya, usahawan PKS juga perlu bertanya kepada diri sendiri langkah untuk menjalankan tugas lebih baik dan pantas selain pendekatan yang perlu diambil untuk membolehkan produk atau perkhidmatan dipasarkan ke peringkat antarabangsa.

    "Saya percaya jika jawatan untuk soalan ini mampu dijawab, kita boleh menarik bakat yang bersesuaian terutama di kalangan belia tempatan," ujarnya.

    Beliau menjelaskan, adalah penting untuk memahami budaya kerja baharu dengan memberi keutamaan kepada digital.

    Lebih menarik lagi katanya, Pusat Berprestasi Tinggi Sarawak (SCOPE) akan melancarkan Akademi Kepimpinan Digital dengan kerjasama Hay/Korn Ferry selaras Strategi Ekonomi Digital Sarawak bagi membangunkan bakat.-Sarawakiana
  • No Comment to " Usahawan PKS Sarawak Perlu Berani, Lebih Terbuka "