• Usah Mudah Percaya Fitnah Pembangkang - Tiong

    Published: Wednesday, 17 January 2018
    A- A+

    Dakwaan seorang ahli DAP Bintulu Dr John Brian yang mengatakan Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing telah mengagihkan RM50 setiap pintu di setiap rumah panjang di Kemena untuk memancing undi adalah satu fitnah semata-mata.

    Justeru, Tiong memberi amaran kepada penduduk rumah panjang terutamanya agar tidak mudah terpedaya dengan tuduhan palsu dari parti pembangkang yang seolah-olah sengaja mengapi-apikan rakyat.

    "Pembangkang cuba mewujudkan persepsi negatif untuk mengalihkan fikiran rakyat," katanya dipetik The Borneo Post.

    Tiong berkata parti pembangkang dan individu tertentu sengaja menyebarkan berita buruk mengenai Barisan Nasional (BN) dan pemimpinnya hanya untuk memenangi undi mereka.

    Namun rakyat perlu bijak menilai kerana kerajaan BN telah berjuang untuk rakyat tanpa mengira latar belakang, budaya atau agama mereka terutama membawa transformasi pembangunan yang memberi manfaat kepada mereka. - Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " Usah Mudah Percaya Fitnah Pembangkang - Tiong "