• UPP Yakin Menang Jika Diberi Peluang

    Published: Wednesday, 31 January 2018
    A- A+

    Walaupun calon mewakili Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) masih belum diputuskan, Parti Rakyat Bersatu (UPP) memberi jaminan parti tersebut mampu memberi kemenangan jika calon mereka ditampilkan.

    Presidennya, Dato Sri Wong Soon Koh berkata, ini kerana parti tersebut mempunyai sumber yang mencukupi bagi melakar kemenangan untuk kerusi yang ditandingi.

    Menurutnya, beliau yakin kepimpinan tertinggi akan memutuskan calon terbaik untuk mewakili BN di kawasan UPP mempunyai kelebihan berbading pembangkang.

    "Saya pasti kepimpinan BN tahu calon boleh menang. Jika diberi peluang, kita akan memberi kemenangan kerana kita mempunyai jentera dan sumber kewangan," katanya seperti yang dilaporkan The Borneo Post.

    Soon Koh berkata, beliau sudah menghantar senarai calon UPP kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg untuk pertimbangan.

    "Apabila tiba masanya, kita akan melihat apa yang boleh kami buat," ujarnya.

    Menurutnya lagi, UPP tidak mahu berebut kerusi dengan SUPP kerana ia tidak membawa sebarang makna.

    "Kita biarkan Perdana Menteri dan Ketua Menteri membuat keputusan akhir," jelasnya.-Sarawakiana



    Subjects:

  • No Comment to " UPP Yakin Menang Jika Diberi Peluang "