• UPP-SUPP Perlu Kongsi Kuasa Untuk Kebaikan BN

    Published: Wednesday, 3 January 2018
    A- A+

    Status peruntukkan kerusi di antara Parti Rakyat Bersatu (UPP) dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) kini masih belum mencapai tahap penyelesaian bagi menghadapi Pilihanraya Umum (PRU14) akan datang.

    Memetik laporan The Borneo Post, Penasihat UPP Dr Chou Chii Ming bagaimanapun mencadangkan agar UPP dan SUPP berkongsi kuasa dan menyokong satu sama lain demi kebaikan Barisan Nasional  (BN) memandangkan pilihanraya semakin menghampiri.

    "Persoalan yang tidak dapat dielakkan adalah bagaimana UPP dan SUPP meletakkan calon mereka di tujuh kawasan parlimen ada pilihan raya umum akan datang,"

    Ketujuh kerusi parlimen adalah Bandar Kuching, Stampin, Serian, Sarikei, Lanang, Sibu dan Miri.

    "Pada pendapat saya, penyelesaian yang paling berkesan adalah dengan berkongsi kuasa politik dan dan menyokong antara satu sama lain dengan nisbah UPP mendapat tiga kerusi dan SUPP mendapat empat kerusi,"

    Chou menambah cadangan yang diberikan adalah berasaskan sokongan semasa dimana UPP mempunyai calon yang yakin menang untuk tiga atau empat kerusi dan beliau yakin BN akan dapat mengembalikan lebih banyak kerusi parlimen yang hilang sekiranya cadangan ini dilakukan.

    "Ia dinilai bahawa UPP dan SUPP akan memenangi semula enam kerusi yang hilang pada pilihan raya umum 2013," katanya

    Beliau turut menegaskan UPP kini mendapat sokongan yang kuat di peringkat akar umbi dan malah kebanyakkan ahli-ahlinya baru dari generasi muda.

    "Kesetiaan dan keyakinan mereka terhadap UPP tidak berbelah bahagi," ujarnya. - Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " UPP-SUPP Perlu Kongsi Kuasa Untuk Kebaikan BN "