• Ular Kenyang Baham Ayam

    Published: Thursday, 11 January 2018
    A- A+

    Tujuh sekeluarga berdepan detik cemas apabila ayam peliharaan mereka dibaham ular sawa di dalam reban berhampiran rumah mereka di Kampung Melati, dekat Beaufort, hari ini.

    Dalam kejadian kira-kira 7 pagi, insiden itu disedari seorang ahli keluarga terbabit yang kemudian memaklumkan kejadian kepada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

    Menceritakan kejadian itu, Julaili Mohammad, 41, dia berasa pelik apabila mendengar bunyi bising ayam di reban.

    Lelaki yang bekerja sendiri itu berkata, dia kemudian melakukan pemeriksaan sebelum terkejut apabila mendapati ular sawa di dalam reban berkenaan.

    "Ular itu melingkar di satu sudut reban dan dipercayai kekenyangan kerana baru membaham seekor ayam," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

    Menurutnya, panik dengan kejadian itu, dia berlari masuk ke dalam rumah bagi menghubungi APM untuk meminta bantuan.

    Sementara itu, Pegawai APM Beaufort Mohd Mayroof Koibil berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian berkenan, pada 7.50 pagi.

    Beliau berkata, susulan kejadian, sepasukan anggota dikerahkan ke rumah pengadu untuk menangkap reptilia berkenaan.

    "Setibanya di rumah pengadu pada pada 8.02 pagi, kita dapati ular itu masih berada di dalam reban.

    "Kita terus menangkap ular itu dan berjaya kira-kira 15 minit kemudian," katanya.

    Menurutnya, pemeriksaan mendapati ular itu sepanjang 2.5 m dan seberat 11 kilogram.

    "Reptilia itu kemudian dibawa balik ke pejabat APM Beaufort untuk tindakan lanjut," katanya.-myMetro

    Subjects:

  • No Comment to " Ular Kenyang Baham Ayam "