• Ular 20kg 'Sekat' Jalan

    Published: Wednesday, 17 January 2018
    A- A+

    KUALA KUBU BHARU: Perjalanan seorang wanita menuju ke dusun duriannya terbantut apabila menemui ular sawa sepanjang 4.5 meter melintas jalan berhampiran rumahnya di Kampung Kalung Tengah, Hulu Yam di sini, awal pagi kelmarin.

    Dalam kejadian jam 5.15 pagi itu, Ika Asri, 33, terkejut melihat reptilia dianggarkan seberat 20 kilogram itu.

    Menurutnya, akibat ketakutan, dia hanya mampu membiarkan ular sawa itu melintas jalan berkenaan sebelum menghubungi talian kecemasan untuk tindakan lanjut.

    “Waktu itu, saya agak terkejut kerana sememangnya tidak pernah melihat ular bersaiz besar berkenaan.

    “Bagi mengelak kejadian buruk berlaku, saya memaklumkan kejadian itu kepada pihak berkaitan untuk menangkapnya,” katanya kepada Harian Metro.

    Sementara itu, Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Hulu Selangor Mansor Ab Rasid berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima maklumat pada jam 5.30 pagi.

    “Empat anggota kita mendapati ular berkenaan berada dalam semak di tepi jalan dan cuba bertindak agresif,” katanya.-myMetro

    Subjects:

  • No Comment to " Ular 20kg 'Sekat' Jalan "