• Ubat dan vaksin KKM halal

    Published: Saturday, 27 January 2018
    A- A+


    GEORGE TOWN - Kementerian Kesihatan (KKM) menegaskan semua ubat-ubatan dan vaksin yang diberikan kepada pesakit adalah halal dan selamat digunakan.

    Timbalan Menterinya Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya berkata, dakwaan menyatakan terdapat ubat-ubatan dan vaksin yang diberikan oleh kementerian itu mengandungi 'deoxyribonucleic acid' (DNA) babi adalah tidak berasas.

    "Dulu lagi kita dengar ada kumpulan tertentu yang anti vaksin kerana mendakwa ia mengandungi DNA babi tapi sekarang ini timbul pula isu kata bukan sahaja vaksin malah ubat-ubatan yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan turut mengandungi perkara sama (DNA babi).

    "Mereka yang membuat tuduhan itu tidak mendapatkan maklumat yang betul dan sahih hanya mencari ia (maklumat) menerusi Internet sahaja. Mudah untuk mereka jadi 'doktor google' dan bagi maklumat tidak betul kepada masyarakat. Apa yang mengecewakan saya ada segelintir masyarakat kita yang percaya," katanya ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Ahli Lembaga Pelawat Hospital dan Panel Penasihat Klinik Kesihatan (PPKK) Pulau Pinang, di sini malam tadi. - Bernama

    Subjects:

  • No Comment to " Ubat dan vaksin KKM halal "