• Ubah PM, Kerajaan Takkan Selesai Masalah Ekonomi Malaysia

    Published: Monday, 22 January 2018
    A- A+

    Masalah ekonomi di Malaysia tidak akan selesai dengan hanya mengubah PH sebagai kerajaan akan datang.

    Menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak, maslah tersebut kini dihadapi dunia seluruhnya dan kerajaan hari ini dapat menangani isu tersebut dengan baik.

    Malah jelasnya cara pentadbir kerajaan menangkis setiap permasalahan itu adalah lebih baik dari negara-negara yang lain.

    “PH memberitahu rakyat, Malaysia sedang menghadapi krisis politik dan ekonomi, dan satu-satunya cara untuk mengatasi masalah itu adalah dengan menukar kerajaan atau menggantikan perdana menteri,” katanya dalam catatan di blog sskeruak.blogspot.my malam tadi.

    Merujuk Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK), beliau berkata, kedua-dua negara itu merupakan contoh demokrasi barat dengan AS mengamalkan sistem kerajaan republik, manakala UK melaksanakan pemerintahan raja berperlembagaan Westminster.

    “Kedua-duanya mengalami krisis ekonomi dan politik,” katanya sambil memberitahu kerajaan kedua-dua negara itu juga sedang menghadapi krisis keyakinan dan berusaha kekal relevan.

    Bendahari UMNO itu berkata, tindakan menukar kerajaan yang dilakukan di AS dan UK bukan sahaja tidak menamatkan krisis politik serta ekonomi yang dihadapi mereka, sebaliknya menyebabkan keadaan lebih teruk.

    “Apa yang berlaku di bahagian dunia lain juga memberi kesan kepada Malaysia. Ini bermakna penyelesaian bukanlah dengan mengambil jalan mudah seperti menukar kerajaan atau perdana menteri,” katanya.-BNBBC

    Subjects:

  • No Comment to " Ubah PM, Kerajaan Takkan Selesai Masalah Ekonomi Malaysia "