• Tuntutan Terhadap Sabah Boleh Jejaskan Hubungan Baik Malaysia, Filipina

    Published: Wednesday, 31 January 2018
    A- A+

    PUTRAJAYA: Malaysia mengingatkan tuntutan terbaharu ke atas Sabah yang dibuat oleh seorang Ahli Jawatankuasa Perundingan Filipina berpotensi untuk menjejaskan hubungan dua hala yang dinikmati antara Malaysia dan Filipina sekarang.

    Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman menegaskan, kerajaan Malaysia tidak mengiktiraf dan tidak akan melayan apa-apa tuntutan oleh mana-mana pihak terhadap Sabah.

    “Sabah telah diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan komuniti antarabangsa sebagai sebahagian dari Malaysia sejak Persekutuan ini ditubuhkan pada 16 September 1963.

    “Sehubungan itu, kenyataan yang dibuat itu hanya mendedahkan tentang kejahilan terhadap sejarah dan undang-undang antarabangsa,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

    Anifah berkata demikian sebagai tindak balas terhadap tuntutan Sabah yang dibuat oleh Ahli Jawatankuasa Perundingan Filipina, Aquilino Pimentel Jr. dalam satu temu bual bersama media antarabangsa, ANC, semalam.

    Pimentel yang dilantik untuk mengkaji perlembagaan Filipina oleh Presiden Rodrigo Duterte mencadangkan kemasukan Sabah sebagai wilayah ke-13 Filipina iaitu sebagai sebahagian daripada peralihan negara itu kepada sistem Kerajaan Persekutuan. - UTUSAN ONLINE


    Subjects:

  • No Comment to " Tuntutan Terhadap Sabah Boleh Jejaskan Hubungan Baik Malaysia, Filipina "