• Tunjuk Kemaluan Kekasih Di IG, Aktres Akan Dipanggil

    Published: Wednesday, 10 January 2018
    A- A+


    SEORANG aktres Thailand, yang terkenal di peringkat antarabangsa kerana peranannya dalam filem 'Same Same but Different' mendakwa tidak sengaja menunjukkan kemaluan teman lelakinya melalui paparan 'live' Insta Story Instagram.

    Dia kini dia mungkin akan berdepan pertuduhan di bawah Akta Jenayah Komputer.

    Bahagian Teknologi Jenayah Penindasan (TCSD) akan memanggil Apinya 'Saipan' Sakuljaroensuk untuk disoal siasat selepas siaran yang didakwa tidak disengajakan itu menjadi bualan hangat sebelum ia dipadam.

    Pada Jumaat, media sosial Thai kecoh selepas Saipan didakwa menunjukkan gambar kekasihnya yang tidak berseluar di Instagram Story, yang membolehkan pengguna berkongsi video atau foto yang hanya akan hilang selepas 24 jam.

    Selepas paparan skrin siaran itu tular, Saipan bertindak memadamnya dan mengeluarkan permohonan maaf, menyatakan bahawa dia tidak melihat apa yang ada dalam klip tersebut kerana mahu menyiarkannya di akaun lain untuk simpanan sendiri.

    Pengurus Saipan memberitahu Daily News bahawa pelakon itu berasa bersalah dengan apa yang berlaku dan akan lebih berhati-hati dengan sebarang tindakan dalam taliannya.

    Pelakon berusia 27 tahun itu boleh didakwa memuat naik pornografi ke sistem yang boleh diakses secara umum, boleh dihukum penjara tiga tahun dan/atau denda maksimum THB60,000.

    Saipan terkenal dengan drama bersama David Kross dalam drama Jerman tahun 2009 'Same Same but Different' di mana dia memainkan watak pelacur Kemboja yang positif HIV yang jatuh cinta dengan lelaki Jerman. - mStar

    Subjects:

  • No Comment to " Tunjuk Kemaluan Kekasih Di IG, Aktres Akan Dipanggil "