• Tukang Urut Pun Takut Guna Produk Tanpa KKM

    Reporter: Bukan Nama Sebenar
    Published: Tuesday, 23 January 2018
    A- A+
    Gambar Sekadar Hiasan


    Sebagai tukang urut ibu bersalin, produk set berpantang hanya melibatkan rawatan luaran, lagipun ia cuma menggunakan herba dan tumbuhan bukannya bahan kimia beracun yang memudaratkan kesihatan.

    Tukang urut, Nurzawati Zubir, 36, berkata, dia tidak pasti set bersalin yang digunakan untuk memulihkan ibu berpantang seperti param, pilis dan tapel mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan (KKM) atau tidak kerana ia 100 peratus ramuan herba.

    “Saya cuma urut pelanggan selama tiga atau lima hari selepas bersalin. Ia bertujuan menyegarkan dan memulihkan tenaga dan tubuh ibu selepas melahirkan.

    “Param, pilis dan tapel bertujuan menghaluskan dan melicinkan kulit serta mengelakkan badan daripada masuk angin dan juga mengurangkan panas kepala. Ia melibatkan kegunaan luar bukannya makan atau sesuatu yang dimasukkan dalam badan.

    “Kalau produk jamu makan atau masuk dalam tubuh tanpa kelulusan KKM saya tidak akan guna, ia merisikokan pelanggan, saya tidak berani,” akuinya.

    Menurutnya, set bersalin yang digunakan ke atas pelanggannya hanya menggunakan rempah ratus dan cuma disapu pada badan.

    “Sebagai pengamal perubatan tradisonal selama 10 tahun, saya juga tidak berani guna losyen, makan atau ambil produk putihkan kulit tanpa kelulusan KKM,” katanya. - SinarHarian

    Subjects:

  • No Comment to " Tukang Urut Pun Takut Guna Produk Tanpa KKM "