• Tukang Kayu Bogel Kembali Cetus Kontroversi

    Published: Wednesday, 31 January 2018
    A- A+


    SEORANG tukang kayu yang terlepas daripada hukuman penjara tahun lepas kerana berbogel semasa bekerja kembali mencetuskan kontroversi apabila menunjukkan kemaluannya semasa membeli barang di sebuah pasar raya.

    Robert Jenner yang berasal Snodland, Kent di England sebelum berdepan dengan dua pertuduhan kerana 'mendedahkan sesuatu secara tidak senonoh' selepas berjalan sejauh dua batu dari rumahnya ke kedai Tesco Extra di Larkfield, Kent.

    Seorang jurucakap Polis Kent pada Selasa mengesahkan bahawa lelaki berusia 43 tahun itu didakwa 'mendedahkan' dirinya kepada seorang pekerja semasa membuat bayaran pada 23 Januari lalu.

    Hanya empat hari kemudian, pada 27 Januari lalu, dia kembali ke Tesco dengan menunjukkan kemaluannya sebelum ditahan oleh pengawal keselamatan, yang kemudian memanggil polis.

    Dipercayai Jenner 'berpakaian lengkap' semasa berada di kedai tersebut tetapi bahagian depan seluarnya 'dipotong', sehingga mendedahkan kemaluannya.

    Jenner ditahan dan menghabiskan masa di lokap pada hujung minggu lalu sebelum dihadapkan ke Mahkamah Majistret Medwa pada Isnin, yang berdepan dengan dua pertuduhan kerana membuat 'pendedahan tidak sopan' dan dua pertuduhan kerana menggunakan menyalahgunakan atau mengancam yang boleh mengakibatkan gangguan dan tekanan. - Mail Online/mStar

    Subjects:

  • No Comment to " Tukang Kayu Bogel Kembali Cetus Kontroversi "