• Tujuh Beradik Hafal Al-Quran

    Reporter: Dayyan Mikhail
    Published: Monday, 22 January 2018
    A- A+

    KOTA BHARU: Mengikut jejak langkah abang dan kakaknya menghafal al-Quran, Tokoh Tahfiz 2017, Muhammad Hazim Zahari, berjaya menghabiskan hafalan 30 juzuk seawal usia 16 tahun.

    Pelajar Tingkatan Empat, Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat, Pulai Condong, Machang itu berkata, minatnya untuk menghafal al-Quran bermula sejak dari kecil.

    “Ibu dan ayah sudah mengajar membaca al-Quran sejak usia saya lima tahun lagi. Malah, sewaktu berumur 10 tahun saya sudah mula menghafal sehingga cukup empat juzuk sebelum meneruskan hafalan secara serius ketika di tingkatan satu.

    “Sehari saya akan memperuntukkan masa selama lima jam untuk menghafal di waktu pagi dan mengulang di sebelah petang. Malah, saya juga mengamalkan makan kismis dan elak makanan ringan,” tutur anak keenam dari tujuh beradik.

    Muhammad Hazim ditemui pemberita selepas menerima pengiktirafan sebagai Tokoh Tahfiz 2017 sempena Majlis Graduasi Tahfiz Yayasan Islam Kelantan (YIK) Kali Kelapan di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik) di sini hari ini.

    Majlis itu disempurnakan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob.

    Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Datuk Dr. Mohamed Fadzli Hassan. - UTUSAN ONLINE



    Subjects:

  • No Comment to " Tujuh Beradik Hafal Al-Quran "