• Tuai Rumah Perlu Elak Diperdaya Pembangkang

    Reporter: Yusz Man
    Published: Tuesday, 9 January 2018
    A- A+

    Ahli Parlimen Julai, Datuk Joseph Salang Gandum menasihati tuai rumah untuk tidak terpedaya dan mempercayai taktik pembangkang.

    Menurutnya, pembangkang ketika ini dilihat terdesak dan berusaha memperkenalkan calon mereka di Parlimen Julau bagi berdepan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

    Menurutnya, sekumpulan tuai rumah dari kawasan Meluan mendakwa mereka telah diperdaya untuk menandatangani dokumen bagi melobi calon baharu di konstituensi tersebut dan memberitahu mereka turut diberikan sejumlah wang tunai sebanyak RM250 untuk tandatangan manakala RM50 lagi untuk cop mereka atas dokumen terbabit.

    Memetik laporan Utusan Borneo, Salang turut menjelaskan perkara berkenaan dibincangkan ketika perjumpaan empat mata bersama dengan tuai-tuai rumah dari kawasan Meluan ketika Majlis Bersama Pemimpin di Rumah Sabang Raoh, Rantau Limau baru-baru ini.

    Jelasnya, salah seorang berkata, pada awal bulan lalu, mereka telah dijemput menghadiri satu majlis makan tengah hari di Sarikei yang dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meluan Rolland Duat.

    Namun begitu, ketika hadir di majlis tersebut mendapati tiada kelibat wakil rakyat mereka kecuali bekas Ahli Parlimen Julau Datuk Sng Chee Hua dan yang lain dan kesemua tuai rumah telah dijemput masuk ke dalam sebuah bilik untuk menemui Sng dan diminta menandatangani dokumen yang langsung tidak difahami isi kandungannya.-Sarawakiana

    Oleh yang demikian Salang berharap agar setiap tuai rumah memainkan peranan masing-masing dan berfikir secara logik akan implikasi di atas tindakan mereka agar tidak menyesal di kemudian hari.

    Salang berkata, calon dicadangkan itu juga merupakan orang luar dan bukan Iban serta berniat mencari nama dan kuasa bagi kerusi majoriti kaum Iban (97 peratus).

    “Malah anak-anak dan cucu-cucu sendiri berada tidak puas hati dengan keputusan anda.

    Tindakan anda akan dilihat sebagai usaha menghancurkan masyarakat,” katanya.
    -Sarawakiana


  • No Comment to " Tuai Rumah Perlu Elak Diperdaya Pembangkang "