• Trump Yakin Dapat Tandingi Oprah

    Published: Wednesday, 10 January 2018
    A- A+


    WASHINGTON – Donald Trump yakin dapat mempertahankan kedudukannya sebagai Presiden Amerika Syarikat dalam saingannya dengan Oprah Winfrey.

    Bercakap selepas mesyuarat di White House, Trump berkata, beliau akan mengalahkan selebriti itu dan Winfrey akan memberi keseronokan.

    “Saya kenal dia dengan baik … Saya suka Oprah, saya tidak fikir dia akan bertanding,” kata Presiden dari parti Republik itu.

    Spekulasi mengenai Winfrey di White House pada tahun 2020 itu tercetus selepas ucapan tahun baru beliau di Golden Globe yang menyentuh mengenai pemerkasaaan wanita dan kulit hitam, kemiskinan dan sokongan terhadap keganasan seksual dan penyalahgunaan.

    Winfrey, yang lama dikaitkan dengan Demokratik dan penjanaan dana, tidak mengulas secara umum mengenai spekulasi tersebut.

    Dikenali berjuta-juta dengan nama pertamanya, Winfrey, 63, dikenali dengan kuasa kebudayaan di negara ini selama beberapa dekad.

    Sebelum ini, rakan Winfrey berkata, setakat ini tidak ada perubahan dalam kedudukan selebriti itu dan beliau tidak berminat untuk bertanding bagi jawatan presiden.

    “Saya fikir dia tertarik dngan idea itu, saya fikir begitu.

    “Saya juga tahu bahawa selepas bertahun-tahun menonton The Oprah (Winfrey) Show, anda sentiasa mempunyai hak untuk mengubah fikiran anda. Saya tidak fikir pada ketika ini dia sebenarnya memikirkannya,” kata Gayle King pada program Corning This Morning. – MalaysiaGazette

    Subjects:

  • No Comment to " Trump Yakin Dapat Tandingi Oprah "