• Trump kenakan tarif aluminium import

    Published: Thursday, 25 January 2018
    A- A+


    NEW YORK: Selepas mengenakan tarif perdagangan tinggi ke atas mesin basuh dan panel solar import, pentadbiran Donald Trump mungkin mengenakan tarif perdagangan ke atas aluminium, demikian menurut Goldman Sachs Group Inc.

    Bank pelaburan itu memberi amaran, sementara jumlah levi yang akan dikenakan belum dapat diramal, tetapi yang pasti ia akan meningkatkan harga logam itu di Amerika Syarikat (AS).

    Logam itu digunakan meluas daripada pengeluaran kereta, hinggalah kepada tin makanan.

    "Kami berpandangan tarif perdagangan ke atas aluminium kemungkinan besar akan dikenakan," kata beberapa penganalisis, termasuk Jeffrey yang dipetik laporan itu.

    Goldman berkata, mengenakan tarif ke atas aluminium saja akan membinasakan pengeluar produk separuh siap AS, berikutan mereka tidak mampu bersaing dengan produk separuh siap dari China, sekiranya aluminium utama menjadi lebih mahal.

    Harga aluminium naik lebih 20 peratus di Bursa Logam London (LME) sejak setahun lalu.

    Pengeluar aluminium utama AS, Alcoa Corp, bulan ini berkata, kecaman pentadbiran Trump berhubung aluminium murah yang diimport dari China membantu menyelesaikan terlebih kapasiti di negara Asia.

    "Tarif yang dikenakan hanya kepada China saja akan menyebabkan negara lain meningkatkan eksport ke AS," kata Goldman.

    "Impak bersih ialah harga LME yang lebih tinggi, harga SHFE lebih rendah, dan premium fizikal lebih tinggi di kedua-dua AS dan negara lain. Sebagai alternatif, Seksyen 232 tarif boleh dikembangkan ke negara lain, selain China."

    SHFE merujuk kepada Bursa Hadapan Shanghai. - Bloomberg

    Subjects:

  • No Comment to " Trump kenakan tarif aluminium import "