• Trump Akan Denda China Kerana Curi Harta Intelek

    Reporter: Bukan Nama Sebenar
    Published: Thursday, 18 January 2018
    A- A+

    WASHINGTON: Presiden Donald Trump berkata Amerika Syarikat (AS) menimbang mengenakan "denda" yang besar ke atas China bagi dakwaan mencuri harta intelek.

    Amaran Trump itu menjadi petunjuk jelas bahawa pentadbiran beliau bersedia mengenakan tindak balas perdagangan tegas ke atas China.

    Dalam satu temu bual dengan Reuters, Trump berkata, penasihat ekonominya Gary Cohn berkata China memaksa syarikat AS memindahkan harta intelek masing-masing ke China sebagai kos berniaga di negara itu.

    AS sudah memulakan siasatan perdagangan berhubung isu itu, dan Cohn berkata Wakil Perdagangan AS akan membuat cadangan berhubung perkara itu dalam tempoh terdekat.

    "Kita ada potensi denda harta intelek yang besar, yang akan dikeluarkan tidak lama lagi," kata Trump.

    Sementara Trump tidak memperincikan apa dimaksudkan dengan "denda" terhadap China, undang-undang perdagangan 1974 membenarkan penyiasatan ke atas dakwaan kecurian yang dilakukan China itu, yang membenarkan beliau mengenakan tarif ke atas barangan China sebagai tidak balas selain sekatan lain sehingga China mengubah dasarnya.

    Trump berkata, ganti rugi adalah tinggi, tanpa memperincikannya.

    "Kita bercakap berhubung ganti rugi besar. Kita bercakap berkaitan angka yang anda tidak fikirkan selama ini," kata Trump.

    Perniagaan AS berkata mereka kerugian berbilion dolar dalam teknologi dan jutaan dalam pekerjaan kepada syarikat China yang mencuri idea dan perisian mereka dan menjadikan harta intelek sebagai sebahagian kos berniaga di China. - Reuters

    Subjects:

  • No Comment to " Trump Akan Denda China Kerana Curi Harta Intelek "