• Tragedi Pusat Tahfiz Darul Ittifaqiyah: Kes Dipindah Ke Mahkamah Tinggi

    Published: Wednesday, 3 January 2018
    A- A+

    KUALA LUMPUR: Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini memerintahkan kes dua remaja lelaki berusia 16 tahun disabitkan atas pertuduhan membunuh 21 pelajar dan dua guru Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di sini, September lepas dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

    Kedua-dua remaja itu dituduh bersama-sama melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian ke atas 21 pelajar dan dua guru di Pusat Tahfiz Darul Ittifaqiyah, Jalan Keramat Hujung, Kampung Datuk Keramat, Wangsa Maju, di sini antara jam 4.15 pagi hingga 6.45 pagi, 14 September lalu.

    Mahkamah Majistret Kuala Lumpur turut memutuskan salah seorang tertuduh kes bakar pusat tahfiz tersebut dilepas tanpa bebas kes melibatkan dadah.

    Mahkamah Majistret pada November lalu telah menetapkan sebutan semula kes dua remaja lelaki berusia 16 tahun atas pertuduhan membunuh 21 pelajar dan dua guru pusat tahfiz tersebut di sini, September lepas. -Awani

    Subjects:

  • No Comment to " Tragedi Pusat Tahfiz Darul Ittifaqiyah: Kes Dipindah Ke Mahkamah Tinggi "