• TPM Nafi Beri Arahan Halang Perjumpaan Dr. Mahathir-Anwar

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Thursday, 11 January 2018
    A- A+


    PUTRAJAYA: Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menafikan ada memberi arahan kepada Jabatan Penjara untuk menghalang perjumpaan Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan bekas seterunya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dirawat di Hospital Rehabilitasi Cheras, Kuala Lumpur.

    Sebaliknya, Timbalan Perdana Menteri menegaskan, kuasa memberi kebenaran bagi perjumpaan seumpama itu terletak pada budi bicara pihak Penjara Sungai Buloh, Selangor.

    “Saya tidak menyentuh berkenaan perkara-perkara operasi (agensi-agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN)).

    “Maknanya, bukan kerana menteri. Kuasa itu pada dia (pihak penjara). Saya berikan kepercayaan sepenuhnya kepada ketua-ketua jabatan di bawah KDN,” katanya yang juga Menteri Dalam Negeri kepada pemberita pada Perhimpunan Bulanan KDN di sini hari ini.

    Dr. Mahathir semalam dilaporkan mendakwa arahan larangan perjumpaan beliau dengan Anwar dikeluarkan oleh Menteri Dalam Negeri.

    Dalam pada itu, Ketua Pengarah Jabatan Penjara, Datuk Seri Zulkifli Omar menjelaskan, Jabatan Penjara serta Penjara Sungai Buloh tidak pernah menerima permohonan dari Dr. Mahathir atau pihaknya bagi menemui Anwar.- Utusan Online

    Subjects:

  • No Comment to " TPM Nafi Beri Arahan Halang Perjumpaan Dr. Mahathir-Anwar "