• Tolak Politik Tidak Sihat - Ahmad Lai

    Reporter: Bukan Nama Sebenar
    Published: Tuesday, 2 January 2018
    A- A+


    Ahli Parlimen Sibuti Datuk Ahmad Lai Bujang mengingatkan rakyat agar tidak mengamalkan politik tidak sihat dimana ia boleh membawa kepada perpecahan perpaduan di Sarawak.

    “Amalan ini merugikan kita semua, jangan biar amalan ini merosakkan perpaduan yang kita kecapi sekarang.

    “Sebaliknya kita harus bersama mengukuhkan lagi semangat perpaduan dan keharmonian ini,” katanya memetik laporan Utusan Borneo.

    Menurutnya lagi, amalan negatif itu juga boleh menjejaskan masa depan rakyat dan pembangunan negeri ini.

    "Amalan tersebut tidak wajar dijadikan panduan rakyat negeri ini yang selama ini sememangnya mencintai dan mempertahankan keharmonian kaum. - Sarawakiana
  • No Comment to " Tolak Politik Tidak Sihat - Ahmad Lai "