• Tolak Mahathir, Terus Sokong BN Untuk Masa Depan Lebih Cerah

    Published: Wednesday, 10 January 2018
    A- A+

    Pengundi di Sarawak perlu memilih pemimpin daripada Barisan Nasional (BN) untuk masa depan lebih cerah dan menolak Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Tun Dr Mahathir Mohamed.

    Ketua Pemuda Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Sibu, Joseph Chieng berkata, Mahathir patut dihalang daripada terus berkuasa.

    "Kita (pengundi) perlu bijak memilih kerana suara di Parlimen diperlukan untuk memastikan kebajikan kita lebih terjaga.

    "Jadi pengundi mesti memilih pemimpin daripada BN," katanya seperti dilaporkan The Borneo Post.

    Beliau yang masih terkejut dengan cadangan pembangkang menamakan Tun Mahathir sebagai perdana menteri jika dapat menawan Putra Jaya.

    Cadangan itu menurutnya menunjukkan PH ketandusan pemimpin.

    Pada masa sama, Joseph mempersoalkan kesesuaian individu berusia 92 tahun untuk mentadbir negara.-Sarawakiana



    Subjects:

  • No Comment to " Tolak Mahathir, Terus Sokong BN Untuk Masa Depan Lebih Cerah "