• TM lancar wajah unifi baharu

    Reporter: Yusz Man
    Published: Wednesday, 24 January 2018
    A- A+


    KUALA LUMPUR - Telekom Malaysia Bhd. (TM) memperkenalkan wajah unifi yang baharu dengan pendekatan jenama tunggal yang merangkumi penawaran untuk kediaman, WiFi, mudah alih dan televisyen (TV) di pasaran.

    Naib Presiden Eksekutif unifi, Imri Mokhtar berkata, perubahan strategik itu menjadikan TM jenama tunggal di Malaysia yang menawarkan sambungan internet menyeluruh di sebarang lokasi sama ada di rumah, WiFi awam, perkhidmatan mudah alih serta pelbagai kandungan bertaraf dunia di bawah satu bumbung.

    “Unifi menyempurnakan pengalaman konvergens (penyepaduan) untuk membolehkan aspirasi digital pelanggan.

    “Pelaksanaan perubahan ini terus mengukuhkan peranan kami sebagai pemacu utama dalam merealisasikan aspirasi ekonomi digital negara serta mempercepatkan penerimaan gaya hidup digital dan Internet Benda (Internet of Things),” katanya.

    Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran penampilan dan tawaran terbaharu unifi di sini yang disempurnakan Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM, Datuk Seri Mohammed Shazalli Ramly.

    Turut hadir, Pengarah Eksekutif dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM, Datuk Bazlan Osman; Naib Presiden Eksekutif unifi TV, Jeremy Kung dan Ketua Pegawai Eksekutif unifi mobile, Moharmustaqeem Mohammed.

    Menurut Imri, langkah memposisikan semula jenama itu merupakan lanjutan pengumuman penjenamaan semula unifi mobile yang sebelum ini dikenali sebagai webe pada November 2017 dan perkhidmatan televisyen serta penstriman video, HyppTV kepada unifi TV pada 12 Januari 2018. - K! ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " TM lancar wajah unifi baharu "