• Tipu Pakej Korea: Wanita Itu Dah Ditahan

    Reporter: Dayyan Mikhail
    Published: Thursday, 4 January 2018
    A- A+

    Wanita berusia 36 tahun ditahan polis hari ini bagi membantu kes penipuan pakej melancong ke Korea Selatan.

    Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, wanita itu hadir bersama suaminya ke Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Petaling Jaya kira-kira 3 petang untuk serah diri.

    "Dia direman di Mahkamah Majistret Petaling Jaya esok pagi.

    "Dia ditahan berhubung kes penipuan pakej pelancongan ke Korea Selatan membabitkan 23 mangsa termasuk beberapa artis," katanya hari ini.

    Beliau berkata, polis sudah menerima enam laporan polis berhubung penipuan suspek iaitu dua di Petaling Jaya, dan masing-masing satu di Dang Wangi, Gombak, Serdang dan Seremban.

    Harian Metro melaporkan lebih 20 individu termasuk beberapa artis seperti Aziz M Osman dan Den Wahab membuat laporan polis terhadap seorang wanita yang menipu mereka lebih RM90,000 dengan menawarkan pakej pelancongan ke Korea Selatan.-myMetro

    Subjects:

  • No Comment to " Tipu Pakej Korea: Wanita Itu Dah Ditahan "