• Tindakan Segera JBALB Ditagih Untuk Selesai Masalah Bekalan Air Di Lingga

    Reporter: Dayyan Mikhail
    Published: Wednesday, 24 January 2018
    A- A+

    KUCHING: Masalah bekalan air yang membelenggu penduduk kawasan Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga masih tiada kesudahan.

    Sehubungan itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Simoi Peri menggesa Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) bertindak segera bagi menyelesai masalah tersebut.

    Menurutnya, pada masa ini masalah air di beberapa kawasan seperti Gran, Stumbin, Skait dan Tanjung Pijat agak kritikal.

    "Saya dah memaklumkan masalah ini kepada Pengarah JBALB.

    "Saya turut memohon agar JBALB mengambil tindakan segera dengan mencari jalan alternatif bagi membantu penduduk untuk mendapatkan bekalan air bersih," katanya.-Sarawakiana
  • No Comment to " Tindakan Segera JBALB Ditagih Untuk Selesai Masalah Bekalan Air Di Lingga "