• Tiga Rakyat Malaysia Mangsa Pukul & Kurung Sindiket, Dihantar Pulang

    Published: Friday, 19 January 2018
    A- A+

    BANGKOK: Tiga rakyat Malaysia yang menjadi mangsa sindiket penipuan dalam talian (Macau Scam) dikendalikan oleh seorang samseng warga Taiwan, dihantar pulang ke negara asal mereka oleh Polis Thailand hari ini.

    Menurut wakil Polis Diraja Malaysia di kedutaan Malaysia di Thailand Supt Ridzuan Abdul Aziz, dua lelaki dan seorang wanita berusia 19 tahun itu diselamatkan dalam serbuan polis Thailand pada 27 Okt lepas hasil maklumat daripada pihak kedutaan negara.

    “Ketiga-tiga mangsa rakyat Malaysia itu telah dikurung secara salah, dipukul dan dipaksa bekerja oleh sindiket yang didalangi oleh rakyat Taiwan,” katanya kepada Bernama hari ini.

    Dua lelaki warga Malaysia itu masing-masing berusia 19 dan 22 tahun.

    Ketika diselamatkan oleh polis Thailand, wanita Malaysia berusia 19 tahun itu yang mengatakan telah ditipu untuk bekerja di Bangkok, mengalami kecederaan di beberapa bahagian tubuh dan kakinya akibat dipukul menggunakan batang besi oleh seorang daripada anggota sindiket terbabit.-therakyat

    Subjects:

  • No Comment to " Tiga Rakyat Malaysia Mangsa Pukul & Kurung Sindiket, Dihantar Pulang "