• Tiga Cedera Siling Runtuh Di Kasino Resorts World Sentosa

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Tuesday, 2 January 2018
    A- A+


    SINGAPURA - Sekurang-kurangnya tiga individu cedera dalam kejadian siling runtuh di Resorts World Sentosa pada pagi Selasa, menurut laporan Channel NewsAsia.

    Memetik Angkatan Pertahanan Sivil Singapura (SCDF), laporan itu menyebut dua individu yang dihantar ke Hospital Umum Singapura berada dalam keadaan sedar manakala keadaan seorang lagi sedang dinilai oleh paramedik di tempat kejadian.

    Mereka yang cedera mengalami kecederaan di kepala, melecet dan luka, kata SCDF dan menambah pihaknya dimaklumkan berhubung insiden itu pada 10.13 pagi.

    Channel NewsAsia melaporkan kepingan siling runtuh semasa kerja membaiki siling di kasino itu dan mereka yang cedera ialah pekerja yang sedang melakukan kerja baik pulih itu.-- BERNAMA

    Subjects:

  • No Comment to " Tiga Cedera Siling Runtuh Di Kasino Resorts World Sentosa "