• Tidak Perlu Ugut Kerajaan

    Published: Thursday, 11 January 2018
    A- A+


    PUTRAJAYA: Persatuan dan pemandu teksi tidak perlu mengugut kerajaan dalam kemelut berkaitan mereka, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

    Timbalan Perdana Menteri berkata, dua menteri bertanggungjawab menjaga pengangkutan akan bertemu persatuan teksi bagi menyelesaikan isu yang membelenggu pemandu teksi.

    Katanya, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri, akan menemui persatuan serta pemandu teksi.

    "Tidak perlu ugutan, kita tidak pernah takut akan sebarang ugutan," katanya pada sidang media selepas Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini, hari ini.

    Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri, mengulas dakwaan pemandu teksi akan berpaling kepada pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) jika kerajaan tidak menyelesaikan isu berkaitan teksi.

    Mereka turut mendakwa dianaktirikan berbanding kelebihan diberi kepada pemandu Uber dan Grab. - BH

    Subjects:

  • No Comment to " Tidak Perlu Ugut Kerajaan "