• Tidak Dapat Paksa Penumpang Guna Teksi - Masing

    Published: Tuesday, 9 January 2018
    A- A+

    KUCHING: Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar James Masing mahu pemandu teksi berubah untuk memastikan perkhidmatan yang diberikan bersesuaian dengan trend semasa.

    Beliau berkata, mereka juga perlu bertanya kepada diri sendiri faktor penyebab penumpang lebih memilih perkhidmatan ditawarkan Uber atau Grab.

    "Sudah tiba masanya untuk pengusaha teksi mengkaji semula kadar caj tambang yang dikenakan.

    "Pemandu teksi juga harus menambah baik perkhidmatan dan berbudi bahasa ketika berurusan dengan pelanggan," katanya seperti dilaporkan Utusan Borneo.

    Menurutnya, umum mengetahui caj dikenakan Uber dan Grab lebih menjimatkan dan penumpang sudah pasti menolak perkhidmatan dengan kadar tinggi.

    "Kita tidak boleh memaksa orang membayar pada kadar yang mereka tidak mahu begitu juga kepada pelanggan, kuasa membeli atau membayar di tangan pelanggan," ujarnya.-Sarawakiana


  • No Comment to " Tidak Dapat Paksa Penumpang Guna Teksi - Masing "