• Tidak Boleh Ke Sekolah Ketika Haid

    Reporter: Bukan Nama Sebenar
    Published: Friday, 12 January 2018
    A- A+


    ACCRA – Kanak-kanak perempuan Ghana dilarang menyeberang sungai semasa mereka haid dan pada hari Selasa.

    Larangan itu berkaitan dengan kepercayaan terhadap ‘penjaga’ sungai telah menganggu persekolahan kanak-kanak perempuan ke sekolah terutama mereka yang terpaksa menyeberang sungai.

    Larangan itu menjejaskan peluang pendidikan kepada kanak-kanak perempuan di daerah Denkyira Timur, di Wilayah Tengah.

    Organisasi pendidikan dan saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Unesco dalam 10 kanak-kanak perempuan di rantau itu tidak dapat ke sekolah kerana mengalami haid.

    Laporan Bank Dunia melaporkan 11.5 juta wanita Ghana tidak mengamalkan sanitari dan kebersihan dengan sempurna.

    Duta kebersihan Unicef, ​​Shamima Muslim Alhassan memberitahu, larangan menyeberang sungai ketika haid terpakai di sebahagian dari Sungai Ofin.

    Namun, Menteri Wilayah Tengah, Kwamena Duncan berkata, beliau akan menyelaraskan dengan menteri daerah Ashanti untuk mencari penyelesaian berkenaan.

    Sungai Ofin berfungsi sebagai sempadan antara Ashanti dan Wilayah Tengah dan mempunyai kepercayaan budaya mitos dan pantang larang ketika haid.

    Di Madagascar, beberapa wanita berkata, mereka tidak dibenarkan mandi ketika haid dan di Nepal pula, kaum wanita terpaksa tidur di pondok jauh daripada keluarga semasa tempoh itu. – MalaysiaGazette

    Subjects:

  • No Comment to " Tidak Boleh Ke Sekolah Ketika Haid "