• Tidak Bertanding Di Saratok, PBDSB Beri Sokongan Padu Kepada PKR

    Published: Friday, 5 January 2018
    A- A+

    Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDSB) akan menyokong Ali Biju bertanding di Parlimen Saratok sebagai calon PKR pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

    Presidennya, Cobbold John berkata, partinya tidak akan meletakkan calon di kerusi terbabit sebaliknya memberi sokongan padu kepada kepada Ali.

    Menurutnya, Ali bukan sahaja Dayak tetapi merupakan pemimpin yang memiliki kemampuan dalam memperjuangkan hak Dayak di negeri ini.

    "Beliau merupakan individu yang lantang kepada hak masyarakat Dayak. Jika dipilih sebagai Ahli Parlimen Saratok, beliau akan menyuarakan hak masyarakat Dayak yang tidak berpuas hati dengan polisi kerajaan Barisan Nasional (BN)," katanya seperti yang dilaporkan The Borneo Post.

    Beliau turut berharap Ali akan menang di Saratok pada PRU14.

    Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) menyaksikan Tan Sri William Mawan memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 2,081 undi mengalahkan Ali dan calon bebas Datuk Abang Rosli Abang Paleng.-Sarawakiana





    Subjects:

  • No Comment to " Tidak Bertanding Di Saratok, PBDSB Beri Sokongan Padu Kepada PKR "