• Tiada Lagi Risalah, STB Guna Teknologi Pasarkan Produk

    Published: Friday, 5 January 2018
    A- A+
    gambar hiasan
    KUCHING: Dalam memenuhi dasar kerajaan negeri yang mahu Sarawak melangkah kearah era ekonomi digital, Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) berhasrat menjadi agensi pertama yang membawa sektor pelancongan negeri ke era tersebut.

    Setakat November 2017, Sarawak menerima kedatangan pelancong seramai 4,427,539 dan menjana pendapatan RM8.98 bilion iaitu menyumbang kira-kira 8.2 peratus kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK).

    Memetik laporan Utusan Borneo, Pemangku Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) STB Mary Wan Mering berkata, strategi pemasaran menggunakan teknologi yang lebih meluas menggunakan kaedah teknologi maklumat(IT) berbanding kaedah konvensional yang digunakan sekarang iaitu menerusi risalah atau bahan bercetak lain.

    Mary bagaimanapun berkata, peralihan kepada promosi secara digital tidak bermakna STB mengurangkan pameran perdagangan yang sering diadakan setiap tahun.

    “Tidak seperti sebelum ini, pelanggan bergantung kepada risalah untuk mendapatkan maklumat tetapi sekarang mereka lebih kepada pengguna teknologi.

    “Jadi dalam cara ini, kita dapat menjimatkan kos untuk pemasaran dan pencetakan.

    “Kita membelanjakan banyak wang untuk tujuan pencetakan tetapi pelanggan kita membuang risalah setelah digunakan.

    “Maka secara teknikalnya, strategi pemasaran menggunakan portal dan secara pakej lebih baik,” katanya.

    Mengulas lanjut, Mary berkata kini STB bekerjasama dengan Kementerian Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian, Belia dan Sukan dalam usaha mencari jalan memberi suntikan baharu kepada rumah-rumah panjang yang berpotensi dibangunkan sebagai produk pelancongan Sarawak dengan member latihan berkaitan kepada penduduk rumah panjang menambah nilai budaya sedia ada sekali gus meningkatkan pendapatan mereka.-Sarawakiana
  • No Comment to " Tiada Lagi Risalah, STB Guna Teknologi Pasarkan Produk "