• Tewas Juga Bujang Sadong

    Published: Wednesday, 31 January 2018
    A- A+

    Kebimbangan penduduk Kampung Sageng di Simunjan berikutan kemunculan buaya di Sungai Batang Sadong berakhir selepas reptilia ganas itu ditangkap semalam.

    Buaya berukuran lima meter panjang yang digelar penduduk sebagai ‘Bujang Sadong’ itu ditangkap dua penduduk, Mohamad Aban Ismail, 60, dan Jeraie Seli, 59.

    Kedua-dua sahabat itu berjaya menjerat reptilia itu menggunakan umpan bangkai ayam dan monyet yang disangkut pada mata kail.

    Mohamad Aban dan Jeraie adalah pemburu buaya bertauliah dan memiliki lesen dikeluarkan Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC).

    Jeraie atau lebih dikenali Wa Tun berkata, buaya itu adalah yang terbesar yang pernah ditangkap mereka.

    “Selepas berjaya menjerat buaya itu, kami terpaksa menembaknya sehingga mati kerana saiznya yang besar.

    “Selepas yakin ia mati, baru kami menariknya ke darat,” katanya ketika dihubungi hari ini.

    Katanya, buaya yang mati itu tidak akan dilupuskan sebaliknya mereka akan menjualnya kepada peraih di Serian yang berminat menjual daging reptilia itu.-myMetro
  • No Comment to " Tewas Juga Bujang Sadong "