• Terlebih 'Power' Makan Pil Viagra, Lelaki Bogel Di Lapangan Terbang

    Reporter: Dayyan Mikhail
    Published: Monday, 8 January 2018
    A- A+

    Keadaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Phuket, Thailand bertukar kecoh selepas seorang penumpang warga Korea Selatan berjalan dalam keadan telanjang di sekitar terminal antarabangsa pada 4 Januari lalu.

    Dalam kejadian kira-kira 11 malam, lelaki berusia 27 tahun itu dan memegang pasport Amerika bertindak menanggalkan semua pakaiannya di terminal antarabangsa ketika menunggu penerbangan dari Phuket ke Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon yang dijadual pada jam 11.30 malam, lapor Phuket Gazatte.

    Susulan insiden tersebut, Lapangan Terbang Antarabangsa Phuket menerusi satu kenyataan semalam (7 Januari) memaklumkan enam pengawal keselamatan bersama pegawai Polis Saku, pegawai polis pelancong dan kakitangan Pusat Pelancongan bergegas ke lokasi kejadian dan cuba meyakinkan lelaki itu supaya bertenang.

    Kenyataan tersebut menambah pihak berkuasa berdepan sedikit kesukaran untuk menahan lelaki itu ekoran penumpang itu bertindak membuang air besar dan membaling najis ke arah pegawai-pegawai dan kakitangan serta penumpang lain.

    Penumpang itu turut merosakkan barangan berharga dan kedai-kedai runcit di lapangan terbang berkenaan.

    Jelas kenyataan tersebut lagi, penumpang itu kemudian berjaya ditenangkan dan ditangkap di hadapan tandas.

    Lelaki itu mendakwa dia bertindak sedemikian kerana kesan mengambil terlalu banyak pil Viagra.

    “Pegawai-pegawai membawanya berjalan ke terminal sebelah utara bagi mengelakkan bahaya kepada penumpang lain dan berjaya menenangkannya di Pusat Pelancong di tingkat 1.

    “Sebaik sahaja dia kembali tenang, dia mengakui telah mengambil terlalu banyak pil Viagra dan tidak sedar perbuatannya. Dia menerima tanggungjawab untuk membayar ganti rugi atas sebarang kemusnahan yang dilakukannya,” kata kenyataan tersebut memetik Phuket Gazatte.

    Insiden tersebut juga menyebabkan perjalanan penumpang itu ke Incheon terpaksa dibatalkan dan dia dibawa ke Balai Polis Saku untuk siasatan lanjut.

    Tegas kenyataan tersebut, tiada sebarang kecederaan atau tindakan berbahaya semasa usaha menangkap lelaki itu.

    “Semua pegawai keselamatan adalah terlatih, mengikut piawaian antarabangsa, dan bekerja bersama polis tempatan, polis pelancongan, Kementerian Pelancongan dan Sukan, AOT, konsul dan kedutaan,” kata kenyataan tersebut.

    Dalam pada itu pihak Lapangan Terbang Antarabangsa Phuket menasihatkan semua penumpang sekiranya berdepan dengan perkara luar biasa boleh memaklumkan kepada pegawai keselamatan yang ditempatkan di sekitar lapangan terbang berkenaan.

    Difahamkan, selepas soal siasat, pihak polis memutuskan supaya lelaki itu mendapatkan rawatan perubatan dan dibawa ke hospital bagi pemeriksaan lanjut.-Malaysian Digest

    Subjects:

  • No Comment to " Terlebih 'Power' Makan Pil Viagra, Lelaki Bogel Di Lapangan Terbang "