• TERKINI: Kematian meningkat 41 orang

    Reporter: Yusz Man
    Published: Friday, 26 January 2018
    A- A+


    SEOUL: Sekurang-kurangnya 41 maut dan lebih 70 cedera, termasuk lapan disenaraikan sebagai kritikal dalam kebakaran sebuah hospital di sini, hari ini, lapor seorang pegawai.

    Menurut agensi berita Yonhap, kebakaran itu disifatkan yang terburuk di Korea Selatan dalam tempoh kurang sedekad dan mengulangi tragedi di pusat sukan bulan lalu yang mengorbankan 29 nyawa.

    Rumah Biru, iaitu kediaman rasmi Presiden Korea Selatan, mengesahkan 41 terbunuh dalam tragedi berkenaan.

    Presiden Moon Jae-in dijangka mengadakan mesyuarat tergempar bagi membincangkan langkah perlu diambil untuk membantu mangsa terselamat.-BHOnline

    Subjects:

  • No Comment to " TERKINI: Kematian meningkat 41 orang "