• Terjun Dari Tingkat 10 Pangsapuri

    Reporter: Dayyan Mikhail
    Published: Tuesday, 23 January 2018
    A- A+

    Wanita berusia 30 tahun yang sakit mental ditemui mati selepas terjun dari tingkat 10 Pangsapuri Angsana Seksyen 2, Bandar Mahkota Cheras, Kajang pada 5.50 petang semalam.

    Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff berkata, saksi kejadian melihat wanita itu menangis di luar beranda rumahnya.

    “Mangsa kemudiannya bertindak terjun dari tingkat 10 rumahnya sebelum mayatnya ditemui oleh orang ramai yang berada di kawasan kejadian.

    “Orang ramai menghubungi polis dan pasukan perubatan tiba kira-kira 10 minit kemudian sebelum mengesahkan wanita itu sudah meninggal dunia,”katanya.

    Menurutnya, mayat wanita berkenaan dihantar ke Hospital Kajang untuk tindakan lanjut dan polis mengklasifikasikan kes sebagai mati mengejut.

    “Maklumat awal yang diterima daripada ahli keluarga mendapati wanita berkenaan sakit mental sejak 2015 dan menerima rawatan di Hospital Kajang dan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM),” katanya.-myMetro

    Subjects:

  • No Comment to " Terjun Dari Tingkat 10 Pangsapuri "